August 10, 2015

Menjadi Seorang Dewasa : Tanggungjawab Pada Diri Sendiri 1



Bismilliah. 

Assalamualaikum.


Okay. Last post sangat skema sampai aku sendiri yang menulisnya pun rasa mengantuk. Jadi kali ni, aku buat versi tak skema. Aku cuba.

Seperti yang aku katakan, aku adalah seorang manusia yang lambat dewasa. Aku rasa disebabkan aku mempunyai sindrom commitment phobia. Siapa yang tak pernah dengar perkataan ini, meh sini aku bagitahu bahawa ianya satu sindrom yang todak sihat dan mampu membantutkan kemajuan diri. Commitment phobia ini sebenarnya berpunca daripada terlalu lama berada dalam zon selesa (dah macam definisi dalam buku teks KBKK).

Macam ni. Semasa zaman sekolah, aku adalah seorang pelajar yang pasif yang tidak pernah menyumbang apa-apa pingat pada sekolah. Disebabkan sikap aku yang sangat pasif, makanya, aku tidak pernah mendapat peluang untuk menyertai mana-mana program wakil sekolah, menjadi AJK mana-mana persatuan mahupun peluang untuk menyerlahkan bakat terpendam aku (ada bakat ke aku). 


Budak-budak sekolah, ada sebab kenapa korang kena sertai aktiviti ko-kurikulum/persatuan bagai. Sebenarnya, korang akan belajar leadership skill walaupun korang tak perasan. Jangan jadi macam aku, pasif seperti siput B. Makanya, aku tidak mempunyai leadership skill dan communication skill aku memang hampeh. Sebab aku mahu berada di zon selesa, gembira selamanya.


Oleh itu, bila aku dah meningkat dewasa, tanggungjawab dan komitmen datang mencurah-curah seperti air terjun Niagara. Aku panik. sebab aku tak berpengalaman pikul tangunggjawab. Skill problem solving langsung tarak.

 Dan baru aku sedar aku tak boleh selamanya berada dalam zon selesa. Satu hari nanti, aku akan pikul tanggungjawab dan komitmen.


I have to move one facing the challengers to strengthen myself for the upcoming task that of course greater than the current situation.


Tapi aku sudah sedikit terlambat. Masa aku dah banyak terbuang. Aku kena buat banyak latihan dan real practice secara serentak. Belajar dan beramal serentak. Sakit duh sebab aku dah menghadapi dunia sebenar, bukan lagi dunia sekolah. Kalau kau buat salah, kau kena betulkan sendiri, dan setiap kesalahan kau akan memberi kesan pada orang lain.


"Do not let yourself stay in the comfort zone for so long. 1-2 days its okay. Take it as your self reward or re-charging time. But, if you stay longer, your are worthless. To yourself, to family, to society and the worst case to Ummah"



Sekian.


No comments: