August 9, 2015

Menjadi Seorang Dewasa : Prolog



Bismillah.

Assalamualaikum.


Menjadi seorang dewasa itu bukan mudah. Tanggungjawab dan komitmen adalah sahabat karib kau dimana kau berada. Pada ketika kau memikul tanggungjawab pada diri sendiri, kau juga pikul tanggungjawab sebagai ahli keluarga, tanggungjawab sebagai anak/ibu bapa. tanggungjawab sebagai rakan, tanggungjawab sebagai ahli masyarakat dan yang utama tanggungjawab sebagai hamba pada Yang Maha Pencipta.

Jujur. Menjadi dewasa itu bukan mudah. Untuk memikul tanggungjawab yang banyak dalam satu masa itu perlukan komitmen. Komitmen yang jitu yang dibayar dengan masa kau. You have to be both  multi-tasking and multi-talented in the same way. 

Setiap masa, setiap saat adalah berharga, tiada masa untuk bersenang lenang kerana semua masa adalah untu menunaikan tanggungjawab. Waktu hujung minggu juga begitu, kau  perlu bergerak kemana sahaja dan bukan berguling-guling di kamar tepi jendela.

Benar, Aku kira aku sedikit lambat menjadi dewasa, mengenal erti sebenar menjadi dewasa, menyedari tanggungjawab sebenar yang dipikul oleh seorang dewasa berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Dan Allah mahu aku belajar dengan dan bersedia sehabis mungkin untuk mempersiapkan diri sebelum ke peringkat yang lebih mencabar; Baitul Muslim. 

Tapi aku tidak perlu risau kerana aku percaya, setiap orang dicipta berbeza-beza. Setiap orang mempunyai turning point yang berbeza. Waima pembangunan spiritual yang berbeza ada yang cepat ada yang lambat. Itu semua tidak penting kerana, yang diambilkira adalah usaha kita untuk mencapai pembaikan diri.

Dan saat ini kau akan diuji dan dilatih tentang satu perkara;
pengurusan masa

Dan pengurusan masa ini akan membawa kau kepada;
pengurusan masalah

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang Telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
 - Al-Hasyr ayat 18

masih struggle.



No comments: