July 21, 2015

Blog Re-engineering



Bismillah;

Setelah lama aku berfikir, setelah lama aku termenung, setelah lama aku berangan, setelah lama aku membohsankan diri, setelah lama aku membuat cost-benefit analysis...

setelah lama...

Itulah orang kata; hidup ni kena cepat buat keputusan.

Maka hari ini aku membuat keputusan untuk mengaktifkan semula blog ini. 

Ehem.

Aku mula tulis blog masa June 2008. Masa tu zaman blog baru nak up. Kau tak ada blog, kau tak best. I made it public and most of the contents (99%) was about me. Nothing to hide ok...

In the mid of year 2010, I decided to make this blog accessible that only for invited readers since aku ada masalah trauma/phobia masa tu. Masuk tahun 2012, aku dah mula kerja full time, study part time. Aku dah tak boleh komited pada tulis blog. So aku private kan blog then the rest of the post mainly about personal things.

2013
2014
2015

krik krik 

Makanya, sekali lagi hari ini, aku membuat keputusan untuk menulis blog kembali dan berusaha untuk menulis dengan aktifnya (InsyaAllah). 

Selepas ini, post-post di blog bukanlah lagi memfokuskan kan pada diri sendiri, tetapi lebih kepada perkongsian maklumat, cadangan, dan idea. Kalau ada pasal diri sendiri pun mungkin untuk pengajaran dan pelajaran sebab aku ni memang selalu melakukan perkara yang pelik dan aneh yang selalu akibat buruk yang menimpa.

Sebab aku nak mengguna pakai semua ilmu dan pengetahuan yang aku dapat dan sebarkan pada orang lain. InsyaAllah. 

Adalah 3 4 ketul post lama yang aku tak delete yang aku fikir boleh memanfaatkan sekalian umat. Sila ignore segala jenis bahasa dan ejaan yang tak ikut skema dewan bahasa dan pustaka. Itu masa zaman rebel, zaman ikut-ikutan apa orang lain buat tanpa diselidik betul ke salah benda tu.

Hidup aku penuh dengan benda overlapping, jadi aku selalu overload. Dan menulis blog adalah satu dugaan/cabaran besar untuk aku. 

InsyaAllah, semoga kita menjadi ummah manusia yang lebih baik yang mampu merahmatkan alam semesta. Amin

Alhamdulillah.