May 4, 2010

Mari Belajar Memahami

Makna Bacaan Dalam Solat

Ketika mengangkat takbir
Allah Maha Besar

Bacaan doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya


Ketika bangun dari rukuk dan iktidal
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Ketika tahiyat awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Ketika tahiyat akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Ketika salam
Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah




'tak kenal maka tak cinta, tak cinta maka tak memahami'
InsyaAllah





May 1, 2010

Ada Pen Hitam Sebatang Pun Boleh Hidup Jugak








Assalamualaikum pembuka bicara....

ya, telah lama ku tinggalkan dunia ini, setelah sekian lamanya aku frust sebab broadband ni suka lembab mcm siput babi, tapi nasib baik siput babi ni bijak walaupun aku ala-ala geli-geleman dengan die orang ni.

Ada story nak telly you all, (heh, gaye macam banyak jek followers kat blog ko ni)



Semalam......


Aku ada kelas (setelah berapa kurun aku takde kelas hari Jumaat) F5 memang aku bersemangat waja nak pergi kelas, hahahaha. Dan dan jek masuk kelas baru sedar tak bawak pencil case. Haru! So aku pun pinjam lah kat Kem pen sebatang, dia bagi lah aku pen hitam. Ok, selesai masalah. takkan nak demand pulak mintak pembaris, liquid or wutsoeva....



Tapi yang lebih sadis lagi bila calculator pun aku x bawak. Beb, kalau ko amik Law ke Kesusasteraan Melayu ke logic lah x bawak calculator, ni ko nak belajar costing kut, waima Geoff Cordwell pun bawak calculator bagak ke hulu ke hilir; even makcik ko yang dah chartered pun gendeng calculator, even sir hanif...... x sir x pakai calculator sebab dia congak jek apa yang de ajar, hehe. Sedas aku terkebil-kebil aku pandang Puan, buat-buat teku pandang whiteboard tu macam gaya BOD dalam meeting, buat-buat kira pakai jari, pakai henpon, memang lah terasa sangat daif tika itu. Nasib baik aku pandai cari port duduk kat hujung so susah Puan nak cek kerja aku. hehe. Dah lah masuk tajuk Transfer Pricing, mmg bab mengira yang ala-ala nak buat spagetti; easy but a bit complexity.



Then, aku mengambil keputusan lepaking kat library yang sejuk membunuh tu konon nak buat reading sikit pasal TP ni. Dengan hanya berbekalkan sebatang pen hitam, aku pun start lah membaca apa yang patut, paa segala jenis bahan yang boeh digunakan, men-jote-down-kan notes penting kat sehelai A4 terpakai, memang haru.

Dan aku mula terpikir.....



Rentetan daripada hari tu lepaking umah Umi, tgk pencil case Zahin....



Perempuan kalau nak belajar, alat tulis tu mesti nak segala bagai; kalau boleh nak macam book shop; ballpen, pen basah, cukup biru merah hitam 2 3 batang, highlighter koman koman 3 warna, pen stabilo pun nak warna warni, steppler, liquid, puncher, marker and so on.



So do I



Lelaki, setakat ballpen sebatang dan pembaris dah cukup. Simple.



Tapi itu dah memang lumrah, perempuan menyukai kesempurnaan, lelaki mana suka benda remeh temeh macam ni. Tapi x semua perempuan macam tu, tak semua lelaki macam tu kan. Bergantung pada keadaan.



Bila keadaan dah terdesak sebenarnya, boleh aje kita through it thoroughly kan. Macam situasi aku semalam, aku rasa boleh gak study dengan pen sebatang, cuma mmg aku sangap nak calculator je lah.




"Things that didn't kill you, makes you stronger actually. Especially when it's broken time"





post ala-ala tak cukup tanah nak cepat. Harap maklum=D