February 24, 2009

Sunnah Rasulullah




" Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang "



Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.




...

February 8, 2009

5 Perkara Yang Menggelapkan Hati Kita

...
Pergaulan bebas
Islam tidak melarang lelaki dan perempuan berkawan. Asalkan tahu menjaga batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan. Contohnya, menjaga aurat, menjaga tingkah-laku, percakapan, dan tidak bersentuhan antara yang bukan muhrim secara sengaja. Memang susah nak dipraktikkan, tapi kalau kita cuba menjaganya, kenapa tidak? Aku ingat lagi cikgu sejarah aku penah cakap, sekali kita bertentang mata dengan yang bukan muhrim kita, satu ilmu kita keluar. Emmmmmm……….mungkin betul juga ape yang cikgu cakap tue. Bukan semua rahsia kita boleh cerita pada orang lain. Lu pikirlah sendiri.

Tidur berlebihan
Iaitu tidur melebihi had yang ditetapkan. Tidur 8 jam sehari? Itu valid untuk budak-budak jer. Fakta mengatakan seorang dewasa sebenarnya tidur cukup 4-5 jam sahaja. Memang nampak x relevant, tapi bile aku cube praktikan (sekejap jek aku buat ), memang berhasil. First and for most, tidur tue biarlah berkualiti, bukan pada kuantiti. Plus, cuba amalkan tidur 15-30 minit sebelum zuhur. Gerenti beb, lepas tue mesti korang akan segar balik. Lastly, petua utama die, jangan tidur balik apabila kita bangun pada kali pertama…

Kekenyangan
Perut kita dibahagikan kepada 3 bahagian:
1/3 diisi dengan makanan.
1/3 diisi dengan air.
1/3 diisi dengan udara.
Bukannya 3/3 diisi dengan makanan. Tue yang lepas makan tue dah serupa macam ular sawa kekenyangan. Apabila kita terlalu kenyang, kita susah nak bergerak, mengantuk, dan berasa malas. Lagi-lagi bila nak menunutut ilmu, lagi kene jaga. Sunah Rasulullah s.a.w. ‘ makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang ‘.

Banyak ketawa
Pada sesiapa yang macam aku nie, kaki gelak, agak susah nak amalkan, alsebabnya sense of humor terlalu tinggi berbanding dengan yang lain. Tapi orang kata, berpada-padalah. Nie tidak, gelak sampai nak menangis ( aku lah tu ). Once kita ketawa, hilang satu ilmu yang kita belajar. And no wonder kenapa aku suka banget dengan Nabil Raja Lawak….zassss


Angan-angan kosong
Seriously, I completely agreed with it. Sebab akulah antara mereka yang suka berangan-angan. Apabila kita memasang angan-angan kosong, kita leka. Once kita leka, focus kita akan hilang and syait akan ambil port join mengkreatifkan lagi angan-angan kita supaya nampak indah dan asyik. Akhirnya, habuk pown takdak. Satu benda pun tak jalan. Matlamat entah ke mana, usaha entah ke mana. So, stop dreaming and back to the action!


p/s : nie kalo buat essay nie kompem A+. berbanding dengan post-post aku sebelum nie, nak penuhkan satu page pown susah. Ah ha as a conclusion, I’m lack of vocabulary, I’m not a good blogger.