Seorang Budak Yang Nak Hidup Di Dunia Ini Dengan Ikut Skema AQ & Sunnah RasulNya
June 3, 2011
Hati Itu (edit from iluvislam)
Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.
Ya Rahim, apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa saja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.
May 4, 2010
Mari Belajar Memahami
Ketika mengangkat takbir
Allah Maha Besar
Bacaan doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya
Ketika bangun dari rukuk dan iktidal
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Ketika tahiyat awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Ketika tahiyat akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Ketika salam
Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah
May 1, 2010
Ada Pen Hitam Sebatang Pun Boleh Hidup Jugak
Assalamualaikum pembuka bicara....
ya, telah lama ku tinggalkan dunia ini, setelah sekian lamanya aku frust sebab broadband ni suka lembab mcm siput babi, tapi nasib baik siput babi ni bijak walaupun aku ala-ala geli-geleman dengan die orang ni.
Ada story nak telly you all, (heh, gaye macam banyak jek followers kat blog ko ni)
Semalam......
Aku ada kelas (setelah berapa kurun aku takde kelas hari Jumaat) F5 memang aku bersemangat waja nak pergi kelas, hahahaha. Dan dan jek masuk kelas baru sedar tak bawak pencil case. Haru! So aku pun pinjam lah kat Kem pen sebatang, dia bagi lah aku pen hitam. Ok, selesai masalah. takkan nak demand pulak mintak pembaris, liquid or wutsoeva....
Tapi yang lebih sadis lagi bila calculator pun aku x bawak. Beb, kalau ko amik Law ke Kesusasteraan Melayu ke logic lah x bawak calculator, ni ko nak belajar costing kut, waima Geoff Cordwell pun bawak calculator bagak ke hulu ke hilir; even makcik ko yang dah chartered pun gendeng calculator, even sir hanif...... x sir x pakai calculator sebab dia congak jek apa yang de ajar, hehe. Sedas aku terkebil-kebil aku pandang Puan, buat-buat teku pandang whiteboard tu macam gaya BOD dalam meeting, buat-buat kira pakai jari, pakai henpon, memang lah terasa sangat daif tika itu. Nasib baik aku pandai cari port duduk kat hujung so susah Puan nak cek kerja aku. hehe. Dah lah masuk tajuk Transfer Pricing, mmg bab mengira yang ala-ala nak buat spagetti; easy but a bit complexity.
Then, aku mengambil keputusan lepaking kat library yang sejuk membunuh tu konon nak buat reading sikit pasal TP ni. Dengan hanya berbekalkan sebatang pen hitam, aku pun start lah membaca apa yang patut, paa segala jenis bahan yang boeh digunakan, men-jote-down-kan notes penting kat sehelai A4 terpakai, memang haru.
Dan aku mula terpikir.....
Rentetan daripada hari tu lepaking umah Umi, tgk pencil case Zahin....
Perempuan kalau nak belajar, alat tulis tu mesti nak segala bagai; kalau boleh nak macam book shop; ballpen, pen basah, cukup biru merah hitam 2 3 batang, highlighter koman koman 3 warna, pen stabilo pun nak warna warni, steppler, liquid, puncher, marker and so on.
So do I
Lelaki, setakat ballpen sebatang dan pembaris dah cukup. Simple.
Tapi itu dah memang lumrah, perempuan menyukai kesempurnaan, lelaki mana suka benda remeh temeh macam ni. Tapi x semua perempuan macam tu, tak semua lelaki macam tu kan. Bergantung pada keadaan.
Bila keadaan dah terdesak sebenarnya, boleh aje kita through it thoroughly kan. Macam situasi aku semalam, aku rasa boleh gak study dengan pen sebatang, cuma mmg aku sangap nak calculator je lah.

post ala-ala tak cukup tanah nak cepat. Harap maklum=D
December 3, 2009
Mari Kita Solat Subuh
Post ini adalah untuk diri aku serta semua umat islam yang berada dimana sahaja.
Dulu masa darjah 6, ada sorg ustaz aku pernah cakap; semasa kita nak bangun tido, ada 3 jenis ikatan ada pada diri kita. Ikatan0 -ikatan ini akan terbuka bila mana:
- Bangun dari tido
- Ambil wuduk
- Solat Subuh
Jadi ia menunjukkan sama ada kita ni terpadaya atau berjaya melepasi helah syaitan lahanat ini. Mak aku pulak cakap kalo kita x bgn solat Subuh, kita diselimutkan dek kulit babi sbb x pergi solat Subuh, kalo mmg x sedar tu lain cite, tp mesti kne qada'. Aku rase mmg sume org pown akn diberitahu sebegitu. Bila kita x solat Subuh, kita x akan diberkati untuk satu hari tue. Analisis perbezaan keadaan kita pada hari bila kita solat dan x solat.
Solat Subuh ni sebenarnyer memberi kita keyakinan untuk menempuhi cabaran yang dtg pada hari itu. Sekurang-kurangnya, ia menunjukkan kita masih igt pada Allah, di pagi hari. Of course mmg wajib sbb ia solat 5 waktu, x buat berdosa, hukuman bagaikan 60 tahun akhirat di neraka.
Tapi kenapa kita selalu rasa mls or susah nak bgn pagi? ye, sbb kita x mendisiplinkan diri kita. Ok, another benefit-in-kind nyer kita solat Subuh adalah sbb hati kita akan tenang dan bersemangat membara mcm mana yg aku rse skang. Let bygone be bygone. Pokoknyer, sune bende yg jd pada hari itu mmg kaw team pnyer rse yakin dan sgt cool.
Lagi besar nikmatnya bila kita solat Subuh di surau/masjid dan berjemaah. Lepastu, tadarus sebentar. Pergh, mmg cool betul hidup hari tu=D
So, marilah sesama kita menunaikan solat Subuh secara istiqamah dan penuh tawadhu' lg bersemangat. Peace!
November 3, 2009
I am so happy today because last night I washed my bathroom so clean and clear. And guest what I just knew that using Clorox can blemish the rebel dirty at the bathroom. Its happened when I saw a bottle of Clorox which containing a little more, so I finished it by splashing it around the bathroom. After a few minutes I came back and saw the dirtiness around the bathroom had gone! I was totally mesmerized.
So ladies and gentlemen if you want to wash your bathroom fast and furious with amazing cleanness, please used the Clorox and make sure you use a glove to protect the smooth of your hands. Adios.
p/s: Mak Nana meninggal dunia, Al-Fatihah.
August 21, 2009
Words Allah Loves The MOst - Life Is An Open Secret Ramadan Special
subhan Allah...
Glorified is Allah
wa al-hamdu lillah...
Praise be to Allah
wa la ilaha illallah...
There is no God but Allah
wallahu akbar...
Allah is tha most Great
February 24, 2009
Sunnah Rasulullah
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

February 8, 2009
5 Perkara Yang Menggelapkan Hati Kita
...Pergaulan bebas
Islam tidak melarang lelaki dan perempuan berkawan. Asalkan tahu menjaga batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan. Contohnya, menjaga aurat, menjaga tingkah-laku, percakapan, dan tidak bersentuhan antara yang bukan muhrim secara sengaja. Memang susah nak dipraktikkan, tapi kalau kita cuba menjaganya, kenapa tidak? Aku ingat lagi cikgu sejarah aku penah cakap, sekali kita bertentang mata dengan yang bukan muhrim kita, satu ilmu kita keluar. Emmmmmm……….mungkin betul juga ape yang cikgu cakap tue. Bukan semua rahsia kita boleh cerita pada orang lain. Lu pikirlah sendiri.
Tidur berlebihan
Iaitu tidur melebihi had yang ditetapkan. Tidur 8 jam sehari? Itu valid untuk budak-budak jer. Fakta mengatakan seorang dewasa sebenarnya tidur cukup 4-5 jam sahaja. Memang nampak x relevant, tapi bile aku cube praktikan (sekejap jek aku buat ), memang berhasil. First and for most, tidur tue biarlah berkualiti, bukan pada kuantiti. Plus, cuba amalkan tidur 15-30 minit sebelum zuhur. Gerenti beb, lepas tue mesti korang akan segar balik. Lastly, petua utama die, jangan tidur balik apabila kita bangun pada kali pertama…
Kekenyangan
Perut kita dibahagikan kepada 3 bahagian:
1/3 diisi dengan makanan.
1/3 diisi dengan air.
1/3 diisi dengan udara.
Bukannya 3/3 diisi dengan makanan. Tue yang lepas makan tue dah serupa macam ular sawa kekenyangan. Apabila kita terlalu kenyang, kita susah nak bergerak, mengantuk, dan berasa malas. Lagi-lagi bila nak menunutut ilmu, lagi kene jaga. Sunah Rasulullah s.a.w. ‘ makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang ‘.
Banyak ketawa
Pada sesiapa yang macam aku nie, kaki gelak, agak susah nak amalkan, alsebabnya sense of humor terlalu tinggi berbanding dengan yang lain. Tapi orang kata, berpada-padalah. Nie tidak, gelak sampai nak menangis ( aku lah tu ). Once kita ketawa, hilang satu ilmu yang kita belajar. And no wonder kenapa aku suka banget dengan Nabil Raja Lawak….zassss
Angan-angan kosong
Seriously, I completely agreed with it. Sebab akulah antara mereka yang suka berangan-angan. Apabila kita memasang angan-angan kosong, kita leka. Once kita leka, focus kita akan hilang and syait akan ambil port join mengkreatifkan lagi angan-angan kita supaya nampak indah dan asyik. Akhirnya, habuk pown takdak. Satu benda pun tak jalan. Matlamat entah ke mana, usaha entah ke mana. So, stop dreaming and back to the action!
p/s : nie kalo buat essay nie kompem A+. berbanding dengan post-post aku sebelum nie, nak penuhkan satu page pown susah. Ah ha as a conclusion, I’m lack of vocabulary, I’m not a good blogger.